a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya
jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau
nama khas.
(i) lauk-pauk
- Lauk-pauk yang dihidangkan oleh ibu sebagai juadah makan malam sangat enak.
- Lauk-pauk yang dihidangkan oleh ibu sebagai juadah makan malam sangat enak.
(ii) mandi-manda
- - Ali dan rakan-rakannya bermandi-manda di kawasan sungai itu.
(iii) desas-desus
- - Desas-desus berita yang disampaikan oleh Leman
setelah pulangnya dari bandar.
(iv) lintang-pukang
- Ahmad berlari lintang-pukang dek kerana dikejar anjing
yang ganas itu.
(v) gilang-gemilang
- Pasukan bola sepak itu telah berjaya dengan
gilang-gemilang sehingga ke peringkat antarabangsa.
(vi) turun-temurun
-Resipi turun-temurun keliuarga itu sudah mula dipasarkan
oleh anak cucu mereka.
(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada
enam ayat tunggal
tanpa mengubah maksudnya.
1.Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai
kepada negara
2.Mereka ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan
datang.
3. Oleh itu,setiap golongan muda perlu melengkapkan diri
masing-masing dengan ilmu
pengetahuan.
4. Setiap golognan muda perlu melengkapkan diri
masing-masing dengan segala kemahiran agar
mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
5. Selain itu, pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk
dalam diri setiap golongan muda.
c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat
itu semula.
(i) Bantuan
perlengkapan sekolah seperti beg dan unifom telah diserahkan
kepada anak-anak mangsa banjir itu.
- uniform
- uniform
-kelengkapan
(ii) Gadis manis yang
berpakai baju berwarna merah dan berambut kerinting
itu berasal dari pedalaman Sabah.
-keriting
-memakai
(iii) Ombak laut yang
semakin mengila telah menyukarkan kami untuk
merialisasikan cita-cita sebagai rakyat pertama negara
menyeberangi selat
tersebut.
-menggila
-merealisasikan
-menyukari
d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahankesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Lukisan-lukisan
yang cantik-cantik di galeri itu telah musnah dijulang api
dalam kebakaran yang berlaku lewat malam tadi.
-cantik
-dijilat
(ii) Dari masa ke
semasa, pihak polis meronda di kawasan perumahan itu
kerana disangsi menjadi tempat persembunyian penculik.
-disuspek
-dari semasa ke semasa
(iii) Kakak telah
menerima hadiah sebuah komputer riba dari ayah kerana
berjaya memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan
Sijil
Pelajaran Malaysia.
-cemerlang
-daripada
e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga
peribahasa yang
sesuai dengan petikan tersebut.
“Bersabarlah Husna,”
pujuk Syafika kepada rakan karibnya yang bukan
sahaja emaknya dirawat di hospital pesakit jiwa, malah
ayahnya juga ditahan di
hospital kerana mengalami keracunan makanan.
-bagai kaca terhempas ke batu
“Sampai hati Mak Pah buat begini. Saya sudah berusaha sedaya
upaya
untuk menyelamatkan anaknya, tetapi dia bukan sahaja tidak
menghargai
pertolongan saya, malah menuduh saya pembunuh anaknya,” luah
Husna dengan
nada sedih.
-Air susu dibalas dengan air tuba
“Jangan fikirkan sangat cakap Mak Pah itu. Perkara penting
yang harus
kamu utamakan sekarang ialah teruskan usaha kamu supaya
cita-cita kamu
tercapai,” nasihat Syafika.
-jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya