Friday, 12 July 2019

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019


  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019

TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara
TARIKH: 8-11 Julai 2019
PELAJAR YANG TERLIBAT: 126 Pelajar

Pada 8 hingga 11 Julai 2019 yang lalu, International Future Scientist Conference 2019 (iFSC) sebuah persidangan antarabangsa telah dianjurkan di Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia buat kali ke-8 dengan slogannya ‘Research is the Shooting Star’.

Objektif persidangan ini dianjurkan adalah untuk mengasah bakat dan idea pelajar-pelajar di dalam bidang Science, Technology,Engineering and Mathematics (STEM) juga menggali minat anak muda untuk membuat penyelidikan. Melalui persidangan ini juga , kita dapat melihat pelbagai perkongsian ilmu yang berbeza dari segi bidang, idea mahupun rekaan. Persidangan ini juga dapat membangkitkan keyakinan diri untuk pelajar bercakap di dalam Bahasa Inggeris, cara pengucapan awam , gaya komunikasi dan mendapat peluang untuk bersosial dengan lebih ramai orang dari serata Malaysia malah negara luar.

Persidangan ini yang pertama kali telah diadakan pada tahun 2012, telah mendapat sambutan yang memuaskan bagi kalangan pelajar dari seluruh Malaysia dan juga luar negara.Kini, pada 2019 iaitu tahun kelapan persidangan ini diadakan, pelajar dari Sekolah Menengah, , Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Shibata High School dan juga Nazarbayev Intellectual School telah mengambil bahagian di dalam persidangan kali ini. Seramai lebih kurang 126 pelajar dan 37 penyelidikan telah dibentangkan di persidangan kali ini.

Tentatif:

9 Julai 2019

7.45 pagi - 8.30 pagi     : Makan pagi dan ketibaan tetamu
9.00 pagi - 12.00 pagi   : Majlis Perasmian dan ceramah daripada Professor Emerit Datuk Dr. Mazlan
                                        Othman

2.30 petang - 5.00 petang : Persiapan booth untuk pelajar
8.30 malam - 10.00 malam : iFSC ‘Networking Dinner

10 Julai 2019

8.30 pagi - 10.00 pagi     : Pembentangan penyelidikan Sesi 1
10.30 pagi - 12.30 pagi    : Pembentangan penyelidikan Sesi 2

2.30 petang - 3.40 petanng  : Bengkel 1: Earth 2.0 oleh Encik Wan Mohd Aimran Bin Wan Mohd
                                               Kamil

3.45 petang - 5.00 petang   : Bengkel 2 : From Tropical to Antartica: A Journey Through The
                                             deadliest ‘Drake Passage’ by Dr. Mohd  
Shahrul Bin Moh Nadzir 

11 Julai 2019

9.00 pagi - 10.00 pagi        : Sesi Kemuncak : Reaching for the Stars oleh Dato’ Sheikh Muzaphar
                                             Shukor Al Masrie

10.00 pagi - 12.00 tengah hari  : Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah
12.00 tengah hari - 1.00 petang : Sesi bergambar dan makan tengah hari  

Tajuk Penyelidikan :

1. The Effectiveness of Cymbopogon Nardus Essential Oil As Biocide and Inhibitor For Sulfate-Reducing Bacteria (SRB) Caused By Biocorrosion on Carbon Steel

2.Jani Chombo : Dead Leaves Container

3.Biomass: Alternative Energy Sources

4.The Automatic Circuit Breaker

5. Cement Enhancer Made of Rice Husk and Wood Husk
6. Easy Coffee-Wash
7. Citronide
8. Effect od Drivers’ Eye Position on A-Pillar Obstruction Angle
9. Styrofoam as a Adsorbent for Water Treatment
10. Application of Acoustic Waves
11. The Optimum Concentration of Gas in Foam-Based Hydraulic Fracturing
 
12. The Potential of Curry Leaf ( Murraya Koenigii) as a Natural Based Insect Repellent
13. Comprehensive City Security
14. Potential of Citrus Reticulata Essential Oil as an Organic Insect Repellent
15. Colloidal Silver Water
16. Energy Harvesting of Ambient Energy by using Bimorph Piezoelectric Microcantilever Beam
 
17. Research of Duo Eco Recycle Cardboard from Dried Banana Stem
 
18. Restructuring Turbines for Usage in Encased Air Spaces and Determining Its Efficiency in a
      Model
Chimney
19. Natural Way to Treat Waste Water using Phytoremeddiation System
20. Determination of Phytochemical Compounds and Anioxidant Activity of Pineapple Fruit of
    Different Cultivars
21. Bunga Telang for Potential Health Catalyst
22. Scattering of Granular Materials After Different Objects Crash into It
23. Investigation of Steviol Glycosides Concentration in Stevia Plants and its Relation with     
     Chrolophyll

24. Study of Germination of the Abi5 Gene in Transgenic Ossap8 and Mutant Atsap2 of Arabidopsis
    Thaliana Treated with Abscisic Acid
25. Optimization of Oyster Mishroom Cultivation with the Use of New Substrate

26. Feassibility Study of Oil Palm Fraud Juice an Antimicrobial Agent
27. Effect of Colours, Odours, and Height in Designing the Paddy Insect Pest Trap for Nilaparvata
    Lugens and Chironomus sp.
28. Examination of Microorganism in Fukushima-Gata Lagoon
29. The Change of the Volume of Various Solutions of Different Concentration After Freezing
30. Detection and Characterization of Lestospira Sp. In Environmental Samples from Recreational
    Areas in Selangor
31. Phytoremediation of Scirpus Grossus L.F. Againts Induced - Heavy Metal Lead Contaminated
     Soil :
  A phytotoxity Test
32. Molecular Interaction of Anti- Tyrosinase Molecules from Chia Seed for Skin Disease Treatment
33. Crude Palm Oil as a Sole Carbon Source for Microbial Growth

34. A Pleminary Study of Bacopa Monnieri on Wound Healing Propertiesa
35. Breeding of Black Soldier Fly using Jackfruit
36. Investiigation of Steviol Glycosides Concentration in Stevia Plants and its Relation with
    Chlorophyll
37.A pleminary Study on Screening of Single Nucleotide Polumorphusm in Hadhb Gene Affecting
    Net
Feed Intake in Goats

Pesidangan ini diakhiri dengan majlis anugerah kepada peserta-peserta dan terdapat juga anugerah-anugerah khas seperti anugerah Platinum dan “Rising Star” yang telah diberikan kepada peserta-peserta bersama tajuk penyelidikan mereka yang layak untuk mnedapatkannya.




                                       
 
                                             


Dilaporkan oleh ,                                                                                                                12 Julai 2019

_____________________
NUR IZZATI BINTI OMAR
Sukarelawan
Kolej PERMATApintar Negara

Wednesday, 31 October 2018

Peperiksaan Percubaan SPM Perak 2


a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) lauk-pauk
- Lauk-pauk yang dihidangkan oleh ibu sebagai juadah makan malam sangat enak.

(ii) mandi-manda
-          - Ali dan rakan-rakannya  bermandi-manda di kawasan sungai itu.

(iii) desas-desus
-         -  Desas-desus berita yang disampaikan oleh Leman setelah pulangnya dari bandar. 

(iv) lintang-pukang
- Ahmad berlari lintang-pukang dek kerana dikejar anjing yang ganas itu.

(v) gilang-gemilang
- Pasukan bola sepak itu telah berjaya dengan gilang-gemilang sehingga ke peringkat antarabangsa.

(vi) turun-temurun
-Resipi turun-temurun keliuarga itu sudah mula dipasarkan oleh anak cucu mereka.

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal
tanpa mengubah maksudnya.

1.Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara
2.Mereka ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.
3. Oleh itu,setiap golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu
    pengetahuan.
4. Setiap golognan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala kemahiran agar 
    mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
5. Selain itu, pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam diri setiap golongan muda.


c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

 (i) Bantuan perlengkapan sekolah seperti beg dan unifom telah diserahkan
kepada anak-anak mangsa banjir itu.
- uniform
-kelengkapan

 (ii) Gadis manis yang berpakai baju berwarna merah dan berambut kerinting
itu berasal dari pedalaman Sabah.
-keriting
-memakai

 (iii) Ombak laut yang semakin mengila telah menyukarkan kami untuk
merialisasikan cita-cita sebagai rakyat pertama negara menyeberangi selat
tersebut.
-menggila
-merealisasikan
-menyukari

d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 (i) Lukisan-lukisan yang cantik-cantik di galeri itu telah musnah dijulang api
dalam kebakaran yang berlaku lewat malam tadi.
-cantik
-dijilat

 (ii) Dari masa ke semasa, pihak polis meronda di kawasan perumahan itu
kerana disangsi menjadi tempat persembunyian penculik.
-disuspek
-dari semasa ke semasa

 (iii) Kakak telah menerima hadiah sebuah komputer riba dari ayah kerana
berjaya memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia.
-cemerlang
-daripada

e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
   sesuai dengan petikan tersebut.

 “Bersabarlah Husna,” pujuk Syafika kepada rakan karibnya yang bukan
sahaja emaknya dirawat di hospital pesakit jiwa, malah ayahnya juga ditahan di
hospital kerana mengalami keracunan makanan.
-bagai kaca terhempas ke batu

“Sampai hati Mak Pah buat begini. Saya sudah berusaha sedaya upaya
untuk menyelamatkan anaknya, tetapi dia bukan sahaja tidak menghargai
pertolongan saya, malah menuduh saya pembunuh anaknya,” luah Husna dengan
nada sedih.
-Air susu dibalas dengan air tuba

“Jangan fikirkan sangat cakap Mak Pah itu. Perkara penting yang harus
kamu utamakan sekarang ialah teruskan usaha kamu supaya cita-cita kamu
tercapai,” nasihat Syafika.
-jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya





Sunday, 7 May 2017

Peperiksaan Percubaan SPM Perak

a)i.Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong
   dalam ayat-ayat di bawah.
ii.Amira merupakan calon menantu pilihan Datin Normah.
iii.Pemilihan Ariff sebagai ketua kelas 5 Tuah tidak disukai oleh Amin.
iv.“Tukar baju adik yang yang sudah kotor itu,” kata emak.
iv.“Tukaran syiling dua puluh sen bagi RM 1.00 ialah lima keping,” kata
   Zainal kepada Jamil.
vi. Penukaran hak milik tanah Haji Salleh kepada isterinya itu telah
  tertulis dalam wasiatnya.

b)i.Alia memberitahu sahabat baiknya Julia bahawa dia bercadang untuk
   menyertai pertandingan nyanyian yang diajurkan oleh sebuah
   syarikat rakaman.
ii. Julia menyokong hasrat Alia itu dengan menyatakan bahawa dia tahu
  suara Alia memang merdu dan perlu diketengahkan.
iii. Alia menyatakan kebimbangannya sekiranya ibu bapanya tidak
  mengizinkannya menyertai pertandingan itu.
iv. Alia meminta pandangan Julia tentang cara dia hendak mendapatkan
  keizinan daripada ibu bapanya.
v.Julia memberi cadangan kepada Alia agar memberitahu ibu bapanya
 bahawa dia mempunyai harapan untuk menang dalam pertandingan I
 tu dan berjanji akan menjaga nama baik diri dan keluarganya.
vi.Alia bersetuju dengan cadangan Julia itu dan menjelaskan bahawa dia akan mencuba cadangan yang diberikan oleh Julia itu.

c)Kesalahan ejaan:
i.        deligasi – delegasi
ii.        karisme – karisma
iii.        berlipatganda – berlipat ganda

Kesalahan imbuhan:
i.        diberi – diberikan
ii.        memikulkan – memikul
iii.        menjanjikan – dijanjikan

d)Kesalahan kata atau istilah:
i.        tersangkut – tersekat
ii.        tolong-menolong – gotong-royong
iii.        persekolah – pembelajaran


Kesalahan tatabahasa:
i.        di dalam – ke dalam
ii.        di kalangan – dalam kalangan
iii.        lain-lain faktor – faktor-faktor lain


e)i.        Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
ii.        Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
iii.        Berjalan perliharakan kaki, berkata peliharakan lidah

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...