Sunday, 7 May 2017

Peperiksaan Percubaan SPM Perak

a)i.Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong
   dalam ayat-ayat di bawah.
ii.Amira merupakan calon menantu pilihan Datin Normah.
iii.Pemilihan Ariff sebagai ketua kelas 5 Tuah tidak disukai oleh Amin.
iv.“Tukar baju adik yang yang sudah kotor itu,” kata emak.
iv.“Tukaran syiling dua puluh sen bagi RM 1.00 ialah lima keping,” kata
   Zainal kepada Jamil.
vi. Penukaran hak milik tanah Haji Salleh kepada isterinya itu telah
  tertulis dalam wasiatnya.

b)i.Alia memberitahu sahabat baiknya Julia bahawa dia bercadang untuk
   menyertai pertandingan nyanyian yang diajurkan oleh sebuah
   syarikat rakaman.
ii. Julia menyokong hasrat Alia itu dengan menyatakan bahawa dia tahu
  suara Alia memang merdu dan perlu diketengahkan.
iii. Alia menyatakan kebimbangannya sekiranya ibu bapanya tidak
  mengizinkannya menyertai pertandingan itu.
iv. Alia meminta pandangan Julia tentang cara dia hendak mendapatkan
  keizinan daripada ibu bapanya.
v.Julia memberi cadangan kepada Alia agar memberitahu ibu bapanya
 bahawa dia mempunyai harapan untuk menang dalam pertandingan I
 tu dan berjanji akan menjaga nama baik diri dan keluarganya.
vi.Alia bersetuju dengan cadangan Julia itu dan menjelaskan bahawa dia akan mencuba cadangan yang diberikan oleh Julia itu.

c)Kesalahan ejaan:
i.        deligasi – delegasi
ii.        karisme – karisma
iii.        berlipatganda – berlipat ganda

Kesalahan imbuhan:
i.        diberi – diberikan
ii.        memikulkan – memikul
iii.        menjanjikan – dijanjikan

d)Kesalahan kata atau istilah:
i.        tersangkut – tersekat
ii.        tolong-menolong – gotong-royong
iii.        persekolah – pembelajaran


Kesalahan tatabahasa:
i.        di dalam – ke dalam
ii.        di kalangan – dalam kalangan
iii.        lain-lain faktor – faktor-faktor lain


e)i.        Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
ii.        Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
iii.        Berjalan perliharakan kaki, berkata peliharakan lidah

No comments:

Post a Comment

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...