Saturday, 25 February 2017

Latihan Tatabahasa dan Istilah

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebutdengan menulis semula ayat tersebut.
1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
- ”Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.
-Bapa saudaranya memperolehi pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dibuat.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.
-Biarpun wajah kedua-kedua pemuda itu agak sama, tetapi perangai pemuda yang bertubuh gembal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.
-Seorag pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah^ atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.
-Azmir tidak melepaskan pelung untuk menyertai pertandingan mejelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan syarikat itu.
6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selesema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
-Banyak ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selesema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
-Semua mangsa tsunami telah kami pindahkan ke pusat petempatan sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak bekuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
-Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
-Setelah meneliti syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
-Buku itu telah saya hantar kepada pembelinya semalam melalui alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
-Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal lain-lain dan seterusnya mengakhiri mesyuarat tesebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
-Pada hari ini, masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu diambil segera.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
-Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah ditinggalkan akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
-Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan di senarai hitam agar menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
-Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.
-Ayah sangat menggemari makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya
ayam goreng yang disaluti tepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
-Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di uka pengadilan.
18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
-Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua kumpulan bola sepak dari luar negara.
19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
-Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan.
-Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara tersebut.
21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
-Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.
22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
-Setiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami dari tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
-Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan di kilang tersebut sebaik sahaka kami sampai di situ.
24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.
-Mereka menempuhi berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
-Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di tempat landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
-Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
-Pekerja yang mengambil cuti itu menandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
-Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
-Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagak menjaringkan gol.
30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
-Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabal selesema burung daripada merebak kepada orang ramai.
31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
-Kami dimaklumkan bahawa pertunjukkan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh periagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
-Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasaagar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.
-Rakyat digalakkan membeli barangan tempatan demi mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
-Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahan tanah air kita daripada ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
-Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbengkang-bengkok sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
-Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
-Perdana Menteri menggesa kawasan perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih tergendala.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
-Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat berkenaan.
39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
-Nama panggilan artis yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
-Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukannya, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
-Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pengajaran yang sewajarnya pada orang ramai.
42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
-Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
-Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang ditunjukkan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
-Jabatan Perlihitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan jawapan tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
-Para budayawan mestilah memerah otak untuk bersama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
 
46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
-Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
-Ini kerana kaedah ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.
-Oleh itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa kesemasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
-Tujuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan penampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
-Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran mereka.

Friday, 24 February 2017

Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Latihan 1:
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu

Jawapan:
Salleh bertanya mengenai rancangan Ani, lalu Ani bertanya kembali kepada Salleh mengenai rancangan apa, justeru itu Salleh mengatakan tentang rancangan mendaki gunung yang dikatakan oleh Ani kepada Salleh tempoh hari.Seterusnya Ani memberitahu Salleh bahawa rancangan itu akan dibincangkan di dalam mesyuarat Sabtu depan.Salleh terus menyokong rancangan itu membuatkan Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
Latihan 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu
hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

Jawapan:
Ani berkata bahawa dia tidak mempunyai sesiapa di sampingnya, dia bersendirian.Tuk Yahya berkata bahawa Ani tidak boleh tinggal di sini , kerana bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.Ani rengek lagi dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa. Tuk Yahya mengiakan rengekkan Ani lalu Ani menyambung yang dia tidak mahu tiggal di rumah lagi kerana dia takut akan bom yang akan jatuh lagi.Tambahan pula, datuknya sudah tiada.Jelas Ani dalam keadaan yang hampir meraung , tetapi dipujuk semula oleh Tuk Yahya dengan mengatakan bahawa dia ada bersama Ani juga Comot iaitu kucingnya.
Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.

Jawapan:
Salim bertanya kepada NIzam mengapa dia kelihatan muram lalu Nizam menceritakan sebabnya.Dia berkata bahawa pagi tadi, Cikgu Khairul bertanya mengenai yuran peperiksaan yang masih belum dibayarnya.Sayu sahaja suara Salim ketika memberitahu Nizam mengenai perkara ini.Nizam mengemukakan bahawa bukankah Salim telah mendapat biasiswa lalu bertanya mengapa dia tidak menggunakan biasiswa itu untuk membayar yuran tersebut kerana dia berasa hairan.Pertanyaan itu dijawab apabila Salim berkata bahawa sebab mengapa dia tidak membayar yuran itu adalah kerana ianya digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.Lalu Nizam mencadangkan untuk Salim berjumpa dengan Cikgu Khirul dan menjelaskan mengenai perkara yang sebenar tetapi Salim berkata bahawa dia berasa takut kerana Cikgu Khairul adalah garang orangnya.

Latihan 4:
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia

Jawapan:

Mawi bertanya kepada Felix apakah nama mi itu kerana rasanya yang enak.Lalu Felix berkata namanya Mi Pedas.Pada mulanya, Mawi tidak percaya bahawa namanya ialah Mi Pedas dan telah menanya kembali, justeru itu Felix mengatakan bahawa namanya memang Mi PEdas kerana dia sudah bertanya kepada Dolah.Kemudian, Mawi bertanya kembali kepada Felix yang tujuannya untuk masuk ke kedai ini adalah untuk makan Mi Pedas lalu Felix menjawab , Ya kerana dia sudah berjanji dengan Mawi untuk membelanjanya pada tempoh hari.
Latihan 5:
Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit

Jawapan:
Norhayati bertanya kepada Norasyikin mengapa dia tidak datang ke sekolah semalam lalu Norasyikin meminta maaf lalu mengatakan bahawa dia mempunyai hal di rumah.Norhayati lalu menanya kembali bahawa apakah hal nya itu, kerana jika ianya susah sama-samalah mereka tanggung dan mengukuhkan lagi dengan mengatakan bahawa bukankah mereka sudah lama berkawan.Lalu Norasyikin pun memberitahu Norhayati yang bahawa ibunya sakit di rumah.

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.


Latihan 1:

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa
negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad
itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Jawapan:

Kamariah: Kalau kamu berdua nak tahu, negara Malaysia ini sebenarnya
         mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.
Samad: Betul kata kamu, Kamariah. negara ini juga mempunyai
      pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz: Tetapi, saya masih hairan tentang mengapa masih ramai orang
    Malaysia masih suka melancong ke luar negara seperti
    Indonesia ,Thailand,Singapura dan negara-negara Eropah?
Kamariah: Betul juga kata kamu itu Aziz itu.
Samad: Saya rasa ini mungkin kerana kurangnya promosi untuk menarik
      pelancing tempatan melancong di dalam negeri.
Aziz: Saya bersetuju dengan kamu Samad.
Kamariah: Saya mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat
        pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
        kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
        percutian mereka.
Samad: Betul. Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
      melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri
      masing-masing.
Kamariah: Ya , saya setuju dengan apa yang kamu cakap.

Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa

Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan
Mak Limah: Abang tergesa-gesa ini hendak kemana?
Pak Usop: Abang hendak pergi berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
        Koperasi Maju.
Mak Limah: Kalau ya pun makan lah nasi dahulu. Nanti abang lapar pula.
Pak Usop: Sebenarnya, abang mahu meletakkan jawatan sebagai
         pemandu bas itu.
Mak Limah: Kalau begitu, bagaimana abang mahu mencari kerja lain?
Pak Usop: Abang hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA
        unutk membeli sebuah bas.

Latihan Pemenggalan Ayat


Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Latihan 1:
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan.Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
 
Jawapan:
1. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara kita sejak
  beberapa lama tahun dalu.
2.Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan berpunca daripada
  kegiatan manusia yang suka berburu sesuka hati mereka dan juga
  daripada kegiatan pembangunan.
3.Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah
  dengan mengadakan kempen kesedaran dan juga penyelidikan
  terhadap mereka.

Latihan 2:
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya,para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.
 
Jawapan:
1.Televisyen merupakan salah satu media sebaran am dan direka untuk
  memberi manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek tetapi
  malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan
  membawa pelbagai masalah pula.
2.Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat
  telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa adegan-adegan
  ganas dalam siaan televisyen dapat mempengaruhi masyarakat.
3.Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil
  penyelidikan tersebut dan mereka juga menegaskan bahawa para
  penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

Latihan 3:
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa.Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan
golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga.

Jawapan:
1.Unsur-unsur keganasan terdapat di dalam rancangan di televisyen
  yang disiarkan oleh RTM dan TV3.
2.Sejak akhir-akhir ini peyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu
  meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa.
3.Mereka bimbang kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi
  pemikiran kanak-kanak dan remaja kerana golongan ini belum bijak
  menilai sesuatu yang baik ataupun buruk.

Latihan 4:
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

Jawapan:

1.Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas
  komputer kepada para pelajar di negara ini dan langkah ini
  dialu-alukan oleh ibu bapa.
2.Hal ini kerana ianya dapat membantu mengisi kekosongan dalam
  bidang berkenaan yang ketara sekali di luar bandar.
3.Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan
  peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer dan dapat
  menarik minat mendalami bidang komputer juga.

Latihan 5:
Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya.Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

Jawapan:
1.Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam
  jenis novel kanak-kanak.
2.Buku ini dikarang oleh Darulsalam hasil terbitan Dewan Bahasa dan
  Pustaka.
3.Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki
  bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya yang bercuti ke
  Pulau Sayak dan mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup
  tanpa disedari tetapi nasib mereka baik kerana akhirnya mereka
  berjaya menewaskan kumpulan itu.
Latihan 6:
Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan,mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.

Jawapan:
1.Pebangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejak beberapa
  tahun yang lalu dan kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan.
2.Faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki.
3.Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
  keistimewaan yang disediakan dan keistimewaan itu dipandang ringan  
  oleh segolongan rakyat asing.


Latihan 7:
Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

Jawapan:
1.Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini
  mencemaskan manusia di seluruh dunia.
2.Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang
  memperlakukan bumi sewenang-wenangnya dan tujuan mereka
  berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.
3.Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena
  ganjil terasuklah peningkatan suhu dan penipsan lapisan ozon.

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...