Friday, 24 February 2017

Latihan Pemenggalan Ayat


Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Latihan 1:
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan.Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
 
Jawapan:
1. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara kita sejak
  beberapa lama tahun dalu.
2.Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan berpunca daripada
  kegiatan manusia yang suka berburu sesuka hati mereka dan juga
  daripada kegiatan pembangunan.
3.Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah
  dengan mengadakan kempen kesedaran dan juga penyelidikan
  terhadap mereka.

Latihan 2:
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya,para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.
 
Jawapan:
1.Televisyen merupakan salah satu media sebaran am dan direka untuk
  memberi manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek tetapi
  malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan
  membawa pelbagai masalah pula.
2.Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat
  telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa adegan-adegan
  ganas dalam siaan televisyen dapat mempengaruhi masyarakat.
3.Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil
  penyelidikan tersebut dan mereka juga menegaskan bahawa para
  penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

Latihan 3:
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa.Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan
golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga.

Jawapan:
1.Unsur-unsur keganasan terdapat di dalam rancangan di televisyen
  yang disiarkan oleh RTM dan TV3.
2.Sejak akhir-akhir ini peyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu
  meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa.
3.Mereka bimbang kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi
  pemikiran kanak-kanak dan remaja kerana golongan ini belum bijak
  menilai sesuatu yang baik ataupun buruk.

Latihan 4:
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

Jawapan:

1.Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas
  komputer kepada para pelajar di negara ini dan langkah ini
  dialu-alukan oleh ibu bapa.
2.Hal ini kerana ianya dapat membantu mengisi kekosongan dalam
  bidang berkenaan yang ketara sekali di luar bandar.
3.Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan
  peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer dan dapat
  menarik minat mendalami bidang komputer juga.

Latihan 5:
Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya.Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

Jawapan:
1.Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam
  jenis novel kanak-kanak.
2.Buku ini dikarang oleh Darulsalam hasil terbitan Dewan Bahasa dan
  Pustaka.
3.Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki
  bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya yang bercuti ke
  Pulau Sayak dan mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup
  tanpa disedari tetapi nasib mereka baik kerana akhirnya mereka
  berjaya menewaskan kumpulan itu.
Latihan 6:
Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan,mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.

Jawapan:
1.Pebangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejak beberapa
  tahun yang lalu dan kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan.
2.Faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki.
3.Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
  keistimewaan yang disediakan dan keistimewaan itu dipandang ringan  
  oleh segolongan rakyat asing.


Latihan 7:
Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

Jawapan:
1.Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini
  mencemaskan manusia di seluruh dunia.
2.Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang
  memperlakukan bumi sewenang-wenangnya dan tujuan mereka
  berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.
3.Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena
  ganjil terasuklah peningkatan suhu dan penipsan lapisan ozon.

No comments:

Post a Comment

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...