Friday, 24 February 2017

Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Latihan 1:
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu

Jawapan:
Salleh bertanya mengenai rancangan Ani, lalu Ani bertanya kembali kepada Salleh mengenai rancangan apa, justeru itu Salleh mengatakan tentang rancangan mendaki gunung yang dikatakan oleh Ani kepada Salleh tempoh hari.Seterusnya Ani memberitahu Salleh bahawa rancangan itu akan dibincangkan di dalam mesyuarat Sabtu depan.Salleh terus menyokong rancangan itu membuatkan Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
Latihan 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu
hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

Jawapan:
Ani berkata bahawa dia tidak mempunyai sesiapa di sampingnya, dia bersendirian.Tuk Yahya berkata bahawa Ani tidak boleh tinggal di sini , kerana bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.Ani rengek lagi dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa. Tuk Yahya mengiakan rengekkan Ani lalu Ani menyambung yang dia tidak mahu tiggal di rumah lagi kerana dia takut akan bom yang akan jatuh lagi.Tambahan pula, datuknya sudah tiada.Jelas Ani dalam keadaan yang hampir meraung , tetapi dipujuk semula oleh Tuk Yahya dengan mengatakan bahawa dia ada bersama Ani juga Comot iaitu kucingnya.
Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.

Jawapan:
Salim bertanya kepada NIzam mengapa dia kelihatan muram lalu Nizam menceritakan sebabnya.Dia berkata bahawa pagi tadi, Cikgu Khairul bertanya mengenai yuran peperiksaan yang masih belum dibayarnya.Sayu sahaja suara Salim ketika memberitahu Nizam mengenai perkara ini.Nizam mengemukakan bahawa bukankah Salim telah mendapat biasiswa lalu bertanya mengapa dia tidak menggunakan biasiswa itu untuk membayar yuran tersebut kerana dia berasa hairan.Pertanyaan itu dijawab apabila Salim berkata bahawa sebab mengapa dia tidak membayar yuran itu adalah kerana ianya digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.Lalu Nizam mencadangkan untuk Salim berjumpa dengan Cikgu Khirul dan menjelaskan mengenai perkara yang sebenar tetapi Salim berkata bahawa dia berasa takut kerana Cikgu Khairul adalah garang orangnya.

Latihan 4:
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia

Jawapan:

Mawi bertanya kepada Felix apakah nama mi itu kerana rasanya yang enak.Lalu Felix berkata namanya Mi Pedas.Pada mulanya, Mawi tidak percaya bahawa namanya ialah Mi Pedas dan telah menanya kembali, justeru itu Felix mengatakan bahawa namanya memang Mi PEdas kerana dia sudah bertanya kepada Dolah.Kemudian, Mawi bertanya kembali kepada Felix yang tujuannya untuk masuk ke kedai ini adalah untuk makan Mi Pedas lalu Felix menjawab , Ya kerana dia sudah berjanji dengan Mawi untuk membelanjanya pada tempoh hari.
Latihan 5:
Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit

Jawapan:
Norhayati bertanya kepada Norasyikin mengapa dia tidak datang ke sekolah semalam lalu Norasyikin meminta maaf lalu mengatakan bahawa dia mempunyai hal di rumah.Norhayati lalu menanya kembali bahawa apakah hal nya itu, kerana jika ianya susah sama-samalah mereka tanggung dan mengukuhkan lagi dengan mengatakan bahawa bukankah mereka sudah lama berkawan.Lalu Norasyikin pun memberitahu Norhayati yang bahawa ibunya sakit di rumah.

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.


Latihan 1:

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa
negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad
itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Jawapan:

Kamariah: Kalau kamu berdua nak tahu, negara Malaysia ini sebenarnya
         mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.
Samad: Betul kata kamu, Kamariah. negara ini juga mempunyai
      pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz: Tetapi, saya masih hairan tentang mengapa masih ramai orang
    Malaysia masih suka melancong ke luar negara seperti
    Indonesia ,Thailand,Singapura dan negara-negara Eropah?
Kamariah: Betul juga kata kamu itu Aziz itu.
Samad: Saya rasa ini mungkin kerana kurangnya promosi untuk menarik
      pelancing tempatan melancong di dalam negeri.
Aziz: Saya bersetuju dengan kamu Samad.
Kamariah: Saya mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat
        pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
        kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
        percutian mereka.
Samad: Betul. Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah
      melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri
      masing-masing.
Kamariah: Ya , saya setuju dengan apa yang kamu cakap.

Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa

Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan
Mak Limah: Abang tergesa-gesa ini hendak kemana?
Pak Usop: Abang hendak pergi berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
        Koperasi Maju.
Mak Limah: Kalau ya pun makan lah nasi dahulu. Nanti abang lapar pula.
Pak Usop: Sebenarnya, abang mahu meletakkan jawatan sebagai
         pemandu bas itu.
Mak Limah: Kalau begitu, bagaimana abang mahu mencari kerja lain?
Pak Usop: Abang hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA
        unutk membeli sebuah bas.

No comments:

Post a Comment

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...