Friday, 24 February 2017

Latihan Peribahasa

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan 1:
1. bagaikan kera mendapat bunga
 -Tidak tahu menilai barang berharga
 -Tiada gunanya memberikan gelang emas itu kepadanya , kerana sikap
  Raisya yang bagaikan kera mendapat bunga itu.

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
 -Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa bawa
 -Hanya disebabkan oleh beberapa orang pelajar yang berkelakuan
 nakal, seluruh sekolah itu telah dikatakan sekolah bermasalah oleh
 penduduk kampung.Bak kata pepatah kerana lembu seekor membawa  
 lumpur, semuanya terpalit. 
3. burung terbang dipipiskan lada
 -Mengharapka sesuatu yang belum pasti dapat dimiliki
 -Sabrina berharap untuk mempunyai telefon bimbit berjenama Iphone
  6s tetapi dia tahu yang keluarganya tidak mampu, dia bagaikan
  burung terbang dipipiskan lada.
4. menegakkan benang yang basah
 -Cuba mempertahan hal yang tidak benar
 -Sulaiman cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan menipu
  orang-orang kampung.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
 -Dalam keadaan bahaya, sulit ataupun susah
 -Keputusan peperiksaan Mukmin bagai telur dihujung tanduk kerana
 sedikit sahaja lagi dia mahu gagal.

6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
 -Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya  
  apabila merendah diri.
 -Sultan Kelantan sering turun ke padang untuk berjumpa rakyatnya dan
  berkelakuan seperti rakyat biasa, bak kata pepatah ular menyusur
  akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
 -Perasaan suka dan senang sekali kerana beroleh keuntungan ataupun
  rezeki.
 -Sarah melompat-lompat kegembiraan bagaikan tikus jatih di kepuk
  kerana telah berjya mendapat 10A di dalam Sijil Pelajaran
  Malaysia.
8. matinya semut kerana gula
 -Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan
 -Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Raihan hidup
 melarat kerana matinya semut kerana gula.

9. air dicincang tidak akan putus
 -Perbalahan atau pergaduhan antara adik-beradik tidak akan
  berpanjangan lama-lama berbaik juga.
 - Walaupun suda hampir 10 tahun tidak berjumpa akibat pergaduhan
  besar ,akhirnya mereka semua pulang ke tempat mereka dibesarkan  
  kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
 -Sesuatu yang tidak kekal
 -Cinta Mai kepada Syak tidak lama bagaikan embun di hujung rumput.

Latihan 2:
1. seperti mendukung biawak hidup
 -Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri
 -Perbuatan Isya menyertai kumpulan kongsi gelap itu seperti
 mendukung biawak hidup
 
2. sudah jatuh ditimpa tangga
 -Ditimpa nasib malang yang berturut-turut
 -Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas
 isterinya , anaknya telah terlibat di dalam kemalangan yang besar.
3. kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan
 -Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
 -Sikap Thimah yang bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah
 mati kelaparan telah menyebabkan seluruh hidupnya susah.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
 -Berada dalam situasi ataupun keadaan serba salah.
 -Perasaan Miezah bagaikan ditelan mati emak,dibuang mati bapak
  kerana dia tidak tahu mahu menyebelahkan pihak yang mana.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
 -Segala sesuatu tentu ada sebabnya ,sehingga terjadi demikian.
 - Qila tertanya-tanya akan misteri mengenai kecurian itu kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
 - Orang yang tamak mahukan harta orang lain, akhirnya harta sendiri
  yang hilang.
 -Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-banyang, nanti
 kelak kamu yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
 -Telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya
  sahaja
 -Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air,
  sudahku tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
 -Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah
 bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya.
 -Walaupun Thimah terpaksa melakukan kerja itu berulang kali tetapi di
  tetap bersabar kerana genggam bara api biar sampai jadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
 -Pesanan atau nasihat atau pengajaran yang tidak dipedulikan atau
 tidak memberi kesan kepada pendengar.
 -Nasihat ibunya kepada Kamal bagaikan mencurah air ke daun keladi
  kerana dia masih berkelakuan nakal.
 
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
 -Dapat melihat kekurangan atau kesalahan orang lain sekecil apapun
   namun kekurangan diri sendiri tidak disadari
 -Islah asyik memarahi setiap kesalahan yang dibuat oleh pekerjanya
 padahal dia sendiri yang melakukan perkara tersebut bagaikan kuman
 di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Latihan 3:
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
 -Tempat punca rezeki yang terdapat banyak orang
 - Sebaik sahaja papan tanda iklan pencarian kerja oleh syarikat itu
  ditampal, tempat itu bagaikan lalat mengaharung najis kerana gajinya
  yang lumayan.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
 -pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
 -Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin  
 maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
 -Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga. Sabar mengerjakan
 sesuatu usaha lama-lama berhasil juga.
 - Syamil memasukkan 10sen sehari ke dalam tabungnya, dan akhirnya
  dia berjaya mencapai RM100 yang dia mahukan kerana bak kata
  pepatah, sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.


4. seperti pelanduk dua serupa
 -Dua orang yang mempunyai wajah yang seiras atau serupa.
 -Mak Cik Saleha tersalah orang diantara anak buahnya dengan anak
 kawannya kerana mereka seperti pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
 - Mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula
  semasa kecil, apabila sudah besar hatinya keras dan sukar diajar.
 -Perangai Leha yang baik dan sopan santun itu adalah hasil ibu bapanya
 yang mendidik dia dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
 rebungnya.
6. seperti ular kena palu
 -Keadaan jalan yang bengkang-bengkok.
 -Ammar pening semasa melalui jalan itu kerana ianya seperti ular kena
 palu.
7. mati semut kerana gula
 -Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan
 -Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Raihan hidup
 melarat kerana matinya semut kerana gula.

8. bagai mendapat durian runtuh
 -Mendapatkan keuntungan yang sangat besar, sehingga tidak boleh di  
 nilai
 -Kejayaan Sha di dalam sahamnya amat besar bagai mendapat durian
  runtuh.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
 - Mempunyai hubungan yang rapat tetapi mempunyai cita-cita yang
  berbeza
 -Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing
  mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi
  lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
 -Melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar keuntungan
 yang lebih besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian.
 -Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana
 apabila mendengar berita yang belum jelas bahawa dia akan mendapat
 pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.

Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
- Ada udang di sebalik batu

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
- Biduk berlalu, kiambang bertaut
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
-Bagai itik pulang petang
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hati ,lemah lembut, dan penyanyang.
 -Meriam buluh
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
 -Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
 -Kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembab namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
 -Belakang parang jika diasah lagikan tajam
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
 -Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
 -Bagai ikan pulang ke lubuk
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
 -Bagai mencurah air ke atas daun keladi 

No comments:

Post a Comment

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...