Friday, 28 April 2017

Laporan Kem Kokorikulum, Kepimpinan dan Badan Unit Beruniform

Laporan Kem Kokorikulum, Kepimpinan Dan Badan Unit Beruniform
  Pada hari Jumaat yang lepas, Kolej PERMATA Pintar telah mengadakan Kem Kokorikulum ,Kepimpinan dan Badan Unit Beruniform di Kem Sri Raudhah, Gombak pada 21 hingga 23 April 2017 bersamaan dengan hari Jumaat hingga Ahad.Kem ini disertai oleh sebanyak 368 pelajar dan enam orang guru bimbingan.

  Objektif kem ini adalah untuk membimbing pelajar menjadi pemimpin yang berjaya, berwibawa dan terbaik. Kem ini telah menegaskan bahawa bagaimana cara untuk menjadi pemimpin  seperti kita seharusnya sentiasa amanah, bertanggungjawab, berani, bijak, disiplin, penjagaan masa yang teratur, rapi dan tepat sekali. Mereka telah menganjurkan beberapa aktiviti yang bholeh melatih kami.

  Sebelum bertolak, pelajar telah berkumpul di Dewan Serbaguna untuk mendengar nasihat dan ingatan daripada Dr. Rorlinda. Banyak pesanan yang telah diberikannya seperti sentiasa menjaga keselamatan diri, jaga adab dan jaga oerangai masing-masing. Selepas mendengar nasihat daripadanya, maka pelajar pun mula bertolak pada pukul 3.30 petang.Sekolah kami telah menyediakan sembilan buah bas untuk pergi ke kem ini.

  Kami tiba di kem tersebut pada pukul 5.20 petang. Kami telah disambut dengan terbuka sekali oleh fasilitator di sana. Kami semua berkumpul di dataran kem tersebut dan telah diberikan taklimat oleh Abang Shaim lalu disambung oleh Abang Zaki. Mereka menerangkan tentang peraturan semasa kem, apa yang ditekankan dan apa yang dilakukan oleh kami semasa kem ini berlangsung.

 Pada malam itu, kami semua berkumpul di dalam dewan untuk sesi perkenalan bersama fasilitator. Mereka kelihatan sungguh peramah dan baik. Pada malam itu juga, kmai telah diajar tentang cara-cara menjadi pemimpin yang baik seperti apa yang telah dikatakan di atas. Kami juga telah dibahagikan kepada 20 kumpulan yang terdiri daripada berbilang bangsa dan umur.

 Kemudia, pada pagi esoknya bersamaan dengan 22 April, kami bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap. Pada pukul 7.30 pagi kami telah melakukan aktiviti senamrobik.Terdapat beberapa lagu yang popular telah dimainkan semasa senamrokbik itu. Senamrobik ini telah diketuai oleh fasi kami, Abang Zaki. Selepas itu, kami pu bersarapan pagi dan teruskan dengan aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah Jungle Trekking yang diketuai oleh Ustaz Hafiz. Dia juga dulunya adalah seorang askar. Dia telah menerangkan kepada kami mengenai peraturan dan adab-adab semasa berada di dalam hutan. Dia juga telah memberi beberapa tips untuk kami semua.

 Selepas itu, maka bermula lah Jungle Trekking kami. Kami beratur sepanjang 386 pelajar itu di dalam satu barisa. Kami melalui pelbagai benda seperti cerun, bukit, sungai, ,lopak, lecah, tenagh pokok dan lembah. Terdapat satu lembah yanga amat besar , sama ada kita mengikut arus atau melawannya. Kami juga dibenarkan untuk mandi sungai seleaps melalui lembah tersebut. Kami jug diminta untuk mengutip ranting tauapun kayu kering beserta daun kerig kerana terdapat aktviti Survival selepas itu. Kami semua pulang dengan selamat. Kami berasa sungguh seronok dan bangga dengan diri sendiri kerana dapat menjalani perjalanan ini dengan jayanya.

Kami pulang selepas lebih kurang tiga jam. Justeru tiu, kami berehat dan makan beserta solat. Di dalam aktiviti Survival yang kami lakukan adalah denagn memasak nasi di dalam buluh, gunakan tanah liat untuk memasak telur, gunkan ranting dan daun kering untuk menyalakan api. Selepas selesai memasak, kami akan dinilai oleh fasiltator dengan cara betapa masak masakan itu. Dalam pada masa pukul 6.00 petang kami pun pulang ke asrama kami untuk berehat sebentar. Pergi solat dan sebgainya. Selepas maghrib kami mempunyai aktiviti bersama fasilitator lagi. Dalam aktiviti ini,kami telah diuji dengan kepekaan. Banyak juga yang kita boleh dapat daripada aktiviti ini seperti kasih sayang, menerima rakan dengan seadanya dan banyak lagi. Kami juga telah melakukan aktiviti permainan yang digelar Osom tetapi telah diubah suai sedikit. Kita harus bermula daripada telur dan seterusnya sehinggalah Raja.

 Selesai sahaja solat Isya', kami teruskan dengan aktiviti Nightwalk. Aktiviti ini akan menguji keberanian kami. Kami akan berjalan di tengah hutan pada waktu tengah malam. Aktiviti ini adalah selamat kerana banyak fasilitator yang sedang mengawal. Kami pulang denagn berasa amat penat dan mengantuk. Selepas semua pelajar sudah tiba, kami pun pulang ke asrama masing-masing untuk berehat dan tidur.
 
 Pada hari ketiga kami di sini, perjalanan kem daripada pagi sehinggalah senamrobik adalah sama seperti hari kedua. Selepas senamrobik, kami mempunyai beberapa aktivit menarik yang lain bersama fasilitator yang lain. Diteruskan lagi dengan aktiviti berkumpulan yang tertangguh pada malam pertama iaitu nama kumpulan, tepuk sorak dan kata-kata hikmah. Selepas selesai menghabiskan segalanya, kami haruslah berdiri di hadapan dan membentangkannya. Selepas itu terus diadakan majlis penutup.

 Kem Komander kami telah berlakon menjadi seorang yang kecewa. terasa hati dan marah. Beliau telah berpura-pura untuk pulang dan kami semua telah mengejarnya, memeluknya dan memujuknya untuk memaafkan kami. Ini adalah saah satu peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh kami semua. Selepas itu, kami pun bersalam dengan semua fasilitator, meminta maaf dan segalanya. Kem Komander tersebuttelah pun mendedahkan rahsianya yang dia hanya berlakon sahaja.

 Kami pulag dengan hati yang gembira. Penuh dengan isian, pengalaman dan sebagainya. Walaupun sekejap, tetapi mereka telah memberi kesan yang besar kepada kami. Bas pertaa yang bertolak adalah pada pukul 1 dan bas yang terakhir pada pukul 3.00 petang. Bas pertama telah sampai semula ke kolej pada pukul 2.10 petang dan disusuli dengan bas seterusnya.

 Kem ini adalah antara kem yang paling bermanfaat yang kami semua pernah hadiri. Kami berharapa agar kem ini dapat mengubah sikap kami yang tidak baik dan gantikannya dengan yang lebih baik.

                                                                                                                           24 April 2017

Dilaporkan oleh,

     Izzati
............................
(NUR IZZATI BINTI OMAR)
Setiausaha Kolej PERMATApintar.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Selangor.
 

No comments:

Post a Comment

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...