Saturday, 29 April 2017

Latihan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Melayu SPM 2



a(i) balai raya
- Semua mangsa banjir itu telha dikumpulkan di balai raya yang terdekat.
(ii) tunjuk ajar
- Azmi berterima kasih kepada gurunya atas tunjuk ajar yang baik sekali.
(iii) ambil alih
- Tiba masa Nasron pula untuk ambik alih jawatan ayahnya sebagai ketua syarikat itu.
(iv) kertas kerja
- Izzati telah menyiapkan semua kertas kerja yang telah diberikan olehnya.
(v) duit kopi
-Azali memberi RM100 kepada Syah sebagai duit kopi kepadanya.
(vi) temu bual
-Kamal telah mengahadiri temu bual yang diadakan oleh Syarikat TV3 pada tempoh hari.
 
b(i) Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah atau Sarawak?
- Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah?
-Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sarawak?

(ii) Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pelajar Contoh di sekolahnya
-Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang di sekolahnya
-Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Contoh di sekolahnya.
(iii) Pengguna yang bijak tidak berbelanja mengikut hawa nafsu.
-Penggua yang bijak tidak berbelanja
-Pengguna yang bijak tidak mengikut hawa nafsu
 
C.(i) Sikap anak lelaki Puan Salmah yang celupor telah mencemari nama baik keluarga mereka.
-celupar, mencemarkan
(ii) Agen insurans itu telah memujuk pelangganya dengan penawaran pelan yang menarik.
- pelanggannya, tawaran
(iii) Kontigen olahraga negara akan melepas ke Singapura bagi menyertai Sukan SEA.
-berlepas, kontinjen
(d.i) Pramusaji itu melayan para penumpang dengan sangat mesra sekali.
 -Pramugari, sangat
(ii) Para-para peserta diminta bersedia untuk mendengar keputusan yang akan
dikatakan sebentar lagi.
-Para, diumumkan
(iii) Penjaga di rumah Tan Sri itu tidak menyedari semasa rumah tersebut dimasuki
pencuri.
-Pengawal, sedar

(e.i) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.
 -Air dicincang tidak akan putus
 -Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
 -Air ditetak tidak akan putus

(ii) Bagai api dalam sekam
 -Baga gunting dalam lipatan
 -Ada udang disebalik batu
 -Musuh dalam selimut
(iii) Lain padang lain belalang
 -Lain lubuk, lain ikannya
 -Lain dulang, lain kakinya
 -Rambut sama hitam, hati lain-lain

No comments:

Post a Comment

Laporan Interanational Future Scientist Conference 2019

  LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2019 TEMPAT: Auditorium, Pusat GENIUS@Pintar Negara TARIKH: 8-11 Julai 2019 PELAJAR Y...